Bekam

Bekam Sunnah Thibbun Nabawi / Bekam Darah / Bekam Angin

 

Apakah Maksud Bekam??

Bekam atau dalam bahasa Arab dikenali sebagal Al-Hijamah merupakan proses membuang racun, toksin, bahan kimia dan sel darah merah yang mati, merangsang pengeluaran zat antibodi dan hormon dalam tubuh badan..

Dalil Kebaikan Dan Keperluan Bekam Dalam Islam:

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay (pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (Hadis sahih)

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam” (Hadis sahih)

“Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!” (Shajihu Al-Jami’ 5671)

“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (Hadis sahih)

“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)

“Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam” (HR Ibnu Jarir)

 

1) Adakah proses bekam ini menyakitkan?

Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?

Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?

Waktu mustajab ialah pada tanggal 17, 19 dan 21hb kalendar
Islam dalam keadaan perut yang kosong.

4) Individu manakah yang tidak dianjurkan berbekam darah ?

Individu yang tidak digalakkan berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap gugur, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit berbanding bekam angin.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya ?

Kaedah bekam darah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal/gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut bagi kesembuhan yang maksimum.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?

Anda dianjurkan tidak makan makanan berat dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan / tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam atau berbekam dalam keadaan perut kosong.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?

Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera. Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

12) PERLU KE SAYA YG SIHAT NI BERBEKAM? Bukan ke bekam ni CUMA UTK ORG SAKIT JE?
Kita sihat ke sakit ke ahli suka ke lawyer ke ahli politik ke penganggur terhormat ke, KITA TETAP MAKAN SETIAP HARI. kalau yg hisap rokok, tetap hisap rokok setiap hari. Bermakna SEGALA RACUN DAN BAHAN KIMIA BERTOKSIK akan masuk ke dalam badan kita setiap hari..

kalau semua ini dibiarkan bermaharajalela, ORANG YANG SIHAT PUN AKAN SAKIT TERUK!

2 point bekam yg utama sering dan akan disentuh setiap kali berbekam ialah point di bahagian tengah leher dan juga bahagian pundak. 

Kenapa di dua point ni?

Berkenaan bahagian tengah leher, situ merupakan laluan utama makanan masuk ke dalam badan. Permakanan kita zaman skang ni mengarut2 belaka – ayam kena suntik hormon, sayur ada racun, bahan perisa tiruan, chemical bahkan asap rokok sekalipun. Kesemuanya akan melalui tengkuk dulu sebelum masuk ke paru2, perut dan sebagainya.

Bahkan, Rasulullah ketika diracun berbekam di kawasan ini utk mengeluarkan racun tersebut. Rasulullah bersabda, “berbekamlah kamu di bahagian tengah tengkuk kerana padanya adalah penawar 72 jenis penyakit” (tirmidzi).

Pada bahagian pundak bahu (kawasan antara 2 bahu) pula – dikenali sebagai u41 dalam pengubatan akupuntur – situ adalah pembuka utama saluran darah menuju ke spine. Ianya juga dikenali sebagai titik strok. Malah, ianya juga merupakan titik utama tekanan pada bahagian atas badan (kami gelarkannya sebagai traffic light) kerana titik itu merupakan pertemuan antara kepala/leher, tulang belakang, bahu kiri dan bahu kanan.

Jika tol jem, traffic light jem, maka keseluruhan badan juga boleh jd jem.